Saturday, August 11, 2012

THAT MAN

Assalammualaikum :) hye selamat hari sabtu . haha. ni baru bangun . sebab semalam spend time with gangs .
ramai gila haa . tapi best . cuma adalah dua tiga orang tu wat hal sendiri , then ada yang gaduh2 . haih . lantak korang la . aku wat hal aku je lagi bagus .

lepak with bie and gangs kat tepi pantai at late of night . tapi sebelum tu kami semua pergi berbuka sama2 .
best sebenarnya lepak ramai2 . cuma bila ada yang tak puas hati and tak satu kepala , itu yang tak best sebenarnya . biarlah . then ,  pergi main pool . bila sampai sana je , dah mula dah pecah pecah group . aku pandang jelah . aku layan bie aku lagi bagus . gurau gurau dengan dia . usik usik dia . dia sangat manja . tapi bila  dia rasa nak manja jelah . comel sgt bie aku tu . haha .
Bie , syg harap , awak manja ngan syg sorang je . sebab you're mine . kalau awak buat macam tu dengan perempuan lain , mungkin saya takkan rasa yang saya ni special dah untuk awak :(

hmm . then bila semua dah buat hal masing2 , aku pun dah hilang mood . so aku diam jelah . then bie salah paham . bie ingat aku emo or marah dia . lagilah aku badmood macam tu . hmm . dah la dia cakap kasar gila . bila marah je , terus nama panggilan bertukar . Ya Allah , sabar jelah . sedih sangat dia buat aku macam tu .
lepas tu , aku diam jelah . tak tahu nak cakap apa lagi kat dia . sbb aku dah banyak kali tegur dia , tapi dia still buat macam tu jugak . dia mintak maaf . tapi hati aku tgh panas . so aku diam je . but bie , he knows macam mana nak bagi aku sejuk , hug me tightly , look into my eyes , then automatic aku akan senyum .

after pool , semua gerak gi syisya . aku pulak lapar je . so aku pun makan makan dan terus makan . haha .
pastu bie risau , then dia cakap ' syg , jgn tinggal bie ' . aku terus tersentap . tak bie , selagi Allah izinkan , selagi tu syg tetap dengan bie . lepas habis semua , semua gi lepak pantai . aku  duduk kat bie aku . bergurau gurau dengan dia . dia hug aku . kenangan lama kembali . bie , awak dapat rasa tak ? Allah bagi saya bie saya yang dulu , yang kuat melayan saya , yang manjakan saya , Allah bagi kita rasa masa first2 kita dating dulu . i really miss that time , the old us . terima kasih Ya Allah , kau makbulkan doa aku , walau tak semuanya . aku tetap bersyukur .

aku pandang dia , tenung mata dia , perhatikan riak dia , i love him Ya Allah . mata dia , hidung dia , mulut dia , suara dia , bau dia , segalanya tentang dia . aku cinta dia seorang .

Wednesday, August 8, 2012

setelah lama aku menanti

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. hati berbicara, luah tak terkata. itulah perasaan aku sekarang. why ? EVERYTHING.

hajat hati, nak belajar, nak capai yang lebih baik dari sebelum ni. tapi..semakin aku cuba, semakin banyak halangan yang terjadi. tapi aku tetap cuba untuk bersabar. dan terus bersabar. apa yang aku ambil ringan selama ni, makan diri aku sendiri, aku tak sangka, sakit yang aku anggap remeh tu, tanda kepada yang lebih besar kesannya terhadap aku. Ya Allah, aku tahu ni semua dugaan, aku tahu kau hanya mhu ingat kan aku. terima kasih Ya Allah. sekurang kurang nya aku masih diberi kesempatan untuk beringat.

hari demi hari, aku tahu aku semakin lemah, namun keinginan aku untuk bersama dan berkumpul bersama insan insan yang aku sayang makin membuak buak. ibu ayah abang adik. kawan kawan, dan si dia pengarang jantung hati aku. namun aku masih tak diberi kesempatan untuk buat mcm tu. sebenarnya, susah untuk orang paham isi hati aku. sebab aku seorang yang sangat complicated. mungkin sebab tu si dia malas nk layan setip kehendak aku. hubby, apa pun, saya tetap berterima kasih kat awak. sekalipun awak mengeluh, awak mengaduh, awak tetap cuba melayan saya walau bukannya semua. you're the best that's ever be mine, hubby. i love you till my last breath . insyaallah.

lama kan aku tak update blog. sbb macam macam jadi kat aku. berita tentang kesihatan aku, tentang kecurangan dan penipuan si dia, family si dia, masalah kat kolej. macam macam. aku tak tahu kenapa aku masih berdiri teguh dan bertahan, walau aku berkali kali jatuh dikecewakan...aku hanya insan biasa. selemah lemahnya. tapi aku tak mahu putus asa, sebelum waktunya tiba. aku tahu aku boleh. insyaallah.

sebagai seorang perempuan biasa, aku hanya mahu dimanjai, dibelai, dengan penuh kasih sayang, aku nak orang paham aku, layan aku, cintai aku sepenuh hatinya, tanpa rasa penat dan jemu, sepertimana aku mencintai orang tu juga. ikhlas seikhlasnya. mulut kata lain, namun hati ni, tak siapa yang tahu. ya aku benar benar mencintai dia. entah kenapa. jangan ditanya. namun dia yng aku pilih untuk menjadi pebimbing aku di dunia dan akhirat. sudikah dia melakukan perkara yang sama untuk aku ?  as people said, i just wanna be your one and only, not the one when you are lonely. hmm.

last night, si dia and the gang nak hang out. tak ajak pun aku. bila aku tahu ada girl lain ikut, aku terasa. kenapa aku tak boleh ikut ? terasa macam aku ni beban je untuk dia. so aku diam, bila Sya tahu gang semua nak keluar, Sya pun cepat2 call big bro dia, cakap nak ikut. then bawak aku sekali. kesian kot tgk aku macam mayat hidup je sesorang layan perasaan dalam bilik. hari2 macam tu. then aku bagitau si dia, mintak izin, boleh ke ikut,(if he don't mind ), then he said okay. and i was like "YEAY" dah lama sangat nak hangout ngan dia. macam dulu2 bila dia suka layan aku. terima kasih Ya Allah, sekurang kurang nya, aku dapat jugak merasa saat saat macam dulu. aku rindu.

aku perhati dia, tenung wajahnya, dan hati aku berdetik, siapa la yang akan gantikan aku, jaga dia, sayang dia, layan kerenah dia, bermanja dengan dia, usik dia, buat dia marah, buat dia ketawa, siapa yang akan mencintai dia lebih dari aku cintakan dia. siapa ? aku harap, aku akan dapat terus bersamanya, sepanjang hayat ini, dunia dan akhirat, tiada lagi selain dia kat hati ni. jujur hati aku mati untuk orang lain. hmm. i touch his hand and hold him, dan berdoa, biarlah hanya aku sorang yang akan terus genggam tangan ini sepanjang hidup ni. kenapa ? because he is mine. now, always and forever.

semalam aku mimpi, aku meninggal, roh aku terpisah dari tubuh ku, dan aku hanya mampu melihatnya, bersama teman teman yang lain. aku perhati dan terus perhati. aku mendekat, dan aku cuba sentuh, si dia terkejut, tapi dia tak nampak aku, aku lihat air mukanya yang sedih, sayu setelah pemergian aku. Ya Allah, walau hanya mimpi, kenapa aku sedih tengok dia sedih. hmm. jagalah si dia Ya Allah, berikan lah dia kebahagiaan dunia akhirat. aku sayang dia.
amin.

selagi hayat di kandung badan, akan aku cuba berikan yang terbaik untuk semua insan2 yang aku sayang.
bantu aku Ya Allah..aku mohon..