Saturday, January 28, 2012

28 January .

i spend my time, because i just wanna be with you..
tahu tak, bila saya kata saya taknak balik, actually i really meant it..
nak tahu kenapa ? SEBAB SAYA RINDU  !

im happy, tgk wayang ngan awak, sampai terjerit jerit sebab asyik terkejut je. HAHA
sorry sayang, bising je saya ni kan ..

then kita jalan jalan, awak pegang tangan saya, lepas tu saya asyik merajuk je kan.. hihi..
pastu tak sampai lima minit, saya cari tangan awak balik, and saya pegang kuat kuat..
bukan sebab saya dah okay, tapi sebab saya tak nak kehilangan awak..
biarlah hati ni merajuk pun, biarlah hati ni terluka macam mana pun,
asalkan awak..ada kat sisi saya..
hati ni..saya boleh pujuk sendiri..tapi kalau awak pergi dari saya..mana saya nak cari..

saya seorang yang pemilih, saya ambik masa yang lama untuk beli sesuatu..
so saya paham if awak jadi bosan tunggu saya..hihi..takpelah..
menyusahkan awak je kan..saya rela shopping sorang sorang dari tengok awak macam tu..
i just wanna see your smile..paham kan sayang ? so please, smile and always smile..
sebab itu salah satu aset awak yang selalu buat saya jatuh hati..hihi

today, kita dah 4 bulan kan..sayang, thank you so much :)
boleh kita kekalkan sampai mati ? nak jadi bidadari awak kat syurga nanti, sudi tak ? :')
hihi..saya tahu saya tak sesempurna mana..mungkin tak layak pun jadi bidadari awak..kat akhirat ?
dunia pun saya tak yakin..sebab saya kan teruk..
tapi kan sayang, insyaallah..saya tak kan mengalah !

tapi tadi, time balik..awak tiba tiba je lain..sekali lagi saya terpaksa pendam rasa..
sebab..saya tak dapat tengok awak smile bila awak nak balik tadi..rasa macam awak tak happy je..
jujur saya nak bagitau, sedih sangat..hampa bila awak jadi macam tu..rasa pedih je hati ni..
hebat tak penangan awak ?? sampai macam tu sekali kan rasa kat hati ni..just because your mood dah
berubah :'(

and now, saya pulak yang kelu..diam sorang sorang atas katil..tulis blog ni macam orang gila..
hihi biarlah..insyaallah saya okay..i can still smile to you :')
comel tak saya ? hehe takpun. saya tahu :)

hey sweetheart, sayang sangat kat awak tau ! dah separuh gila dah ni  :p
okay lah,
Assalammualaikum...

Friday, January 27, 2012

Love Story, Azfira .



rasa macam dalam fairytale je kisah cinta kita ni.
kan AZFAR ? :)

hari ni topik kita adalah love story of athirah and azfar , AZFIRA :)

saya tak tahu nak cerita macam mana, tak tahu nak gambarkan macam mana, tapi kan, apa yang saya boleh katakan, yang saya bahagia. yup saya bahagia.
mungkin saya banyak kali bercinta, tapi dengan si dia ni, rasa lain sangat. teramat lain. saya tak pernah ada
perasaan macam ni kat sesiapa sebelum ni, aaaa baby ! is it really you who is meant for me ??

saya tak pernah terfikir dan tak pernah terfikir akan bercinta dengan my ucuk ni !! he is soo cute, his attitude, the way he talk, the way he show his love, the way he look at me, the way he hold me, everything about him make me fall in love with him.

yesterday, we talked and talked late at night, awak cakap sesuatu yang tak pernah orang lain cakap kat saya :') baby, thank you, mengalir air mata saya, terharu dengan kata kata awak.
hey ! I LOVE YOU okay ! tapi kan baby, maafkan saya..saya masih takut dengan harapan. yakinkan saya boleh ? :(

saya tak tahu kenapa, tapi semakin hari saya semakin sayang kat si dia !! rindu dan semakin rindu !
Ya Allah, kalau memang jodoh saya dengan dia, saya seikhlasnya nak jadi yang terbaik untuk dia . dunia dan Insyaallah akhirat nanti.
Aminnnnn ..

WE MET, WE TOUCHED, WE HOLD, WE HUG, WE KISS, WE LOVED, WE MISSED, AND NOW,YOU AND ME, ARE ONE, TOGETHER FOREVER ....

Monday, January 16, 2012

ignore my feelings

 hey guys :)
have you guys ever heard this words :


Never ignore a person who loves you, cares for you, and misses you. Because one day, you might wake up from your sleep and realize that you lost the moon while counting the stars.

hargai insan yang ada disekeliling awak semua sebaik baiknya, sayangi dia sepenuh hati, 
lindungi dia saat dia perlukan perlindungan,
 fahami keadaanya saat dia mengalami kesukaran,
terima dia seadanya, 
kerana apa ? 
kerana setiap insan kat dunia ni, berlainan. takkan pernah ada yang sama. 
Allah itu Maha Bijaksana, takkan ada yang boleh menandingi kekuasaan-NYA.

mungkin esok, mungkin lusa, insan yang kita anggap tak bermakna, 
insan yang kita tak pernah nak hargai tu, 
tiba-tiba PERGI dari dunia ni, bukan sementara, 
tapi selamanya. SELAMANYA !
walhal, awak tak sempat nak mintak maaf kat dia, 
yang awak selalu sakiti hati dia, tak pedulikan perasaan dia,
awak selalu biarkan dia kesunyian tanpa teman, 
awak tak pernah nak menyelami hati dia, 
tentang apa yang dia rasa,
tentang apa yang dia pendam. terlambat ? yup, it's too late if that's happen.

so while she or he are still there, grab their hands, 
tell them that you love them, show them your love, 
be the best person for them.
 i'm pretty sure their life are so much happier than before.
the best way to love and to be love, to care and to be care, 
starting with one pure heart :)





Wednesday, December 21, 2011

saya bulan awak ? :')


hey readers ? well huney just nak share lagu ni. Bestfren huney suruh huney dengar. lirik dia best :') sesuai dengan apa yang huney rasa sekarang ni . thanks syg. dengarlah ! kbye

Tuesday, December 6, 2011

STORY MORRY CERITA GIGIRL



Ada seorang budak perempuan. waktu tu, dia baru form 1. nak dijadikan cerita, dia seorang anak yang agak manja ngan family dia. oleh sebab tu, dia tidak sebebas insan insan yang lain sebaya dengan dia. tapi dia tak kisah sebab dia pun jenis tak kisah, okay let me introduce her as a gigirl :) gigirl ni seorang budak yang naif, baik, prihatin, jenis yang susah nak berkira dengan orang lain. dia sukakan perhatian, mungkin sebab dia tak dapat kasih sayang yang dia impikan. dia dahagakan kasih sayang, family dia baik, tapi parents masing masing busy dengan kerjaya sendiri, abang adik tak rapat dengan dia, dalam rumah tu..dia cuma rapat dengan bibik dia, sebab dia takde tempat nak mengadu. dia anggap bibik dia tu dah macam kakak dia, yelahkan, dia seorang je perempuan dalam adik beradik dia, dia sunyi, suka menyendiri, suka memerap dalam bilik..

dia suka sangat melukis, nyanyi and menari, bila dia duduk sorang sorang dalam bilik, ada ada je benda pelik pelik dia hasilkan. haha gigirl seorang yang lembut hati, kalau orang kasar sikit je ngan dia, mesti dia terasa, sebab tu dia lagi selesa sorang sorang dalam bilik dia.

sampailah satu saat setelah beberapa minggu dia memulakan persekolahan , dunia baru, ada sorang mamat ni, mintak number dia, masalahnye gigirl ni jenis yang susah sangat nak bagi number kat orang, unless dia kenal orang tu, tapi that time, terdetik kat hati gigirl untuk bagi number phone dia kat mamat tu, and this is where the story begin.....

mulai saat tu, gigirl mula dapat text dari mamat tu, tiap tiap hari texting, sampai la ada satu hari tu, gigirl stayback kat rumah kawan dia sebab ada discussion. then gigirl balik agak lewat hari tu. kawan gigirl ni pulak punyelah gatal sangat pergi call mamat tu, suruh dia teman gigirl balik. apa lagi ! segan la gigirl kan..dia bukannya biasa pun macam tu, and for the first time, dia berbual face to face dengan mamat tu. 
nak pendekkan cerita, mereka pun couple selepas beberapa minggu lepas tu. ingatkan sekejap je mereka bercinta, biaselah kan, nama pun budak budak lagi, cinta monyet weyhhh !

tapi semua tu tak benar, sebab apa ? sebab mereka berjaya bertahan bertahun tahun. mereka ni boleh dikatakan sweet jugak tau. tiap tiap pagi, bersarapan sama sama, lunch pun macam tu gak, pergi mana mana, mesti berdua, macam belangkas ! belangkas pun tak macam tu. sampaikan cikgu cikgu pun tegur hubungan mereka tu. haha tapi nama pun darah muda, mana nak dengar cakap orang tua kan. 


tahun demi tahun, mereka tetap bersama, still macam belangkas, sampai la gigirl ni masuk form 4. well, gigirl ni dapat keputusan yang agak bagus untuk penilaian menengah rendah, so dia dapat masuk aliran sains . unfortunately, she know her weaknesses ;) so she make a decision untuk masuk kelas aliran berkaitan tentang perakaunan dan ekonomi sebabbbb dia minat sangat nak jadi akauntan or bussinesswoman ! haa itulah gigirl.


day by day, hubungan gigirl dengan mamat ni renggang, lagipun mamat ni dah habis sekolah and tak sambung belajar, kerja dia melepak je.well, mamat ni still baik and care pasal gigirl. cuma perangai dia dah berubah. gigirl jadi tak sedap hati.

yes dia memang berubah, dia start hisap rokok, lepak dengan kawan kawan sampai tak ingat dunia ! actually gigirl kecewa dengan dia. tapi gigirl still bertahan. sampai la satu hari tu, ada sorang lagi mamat ni, let me introduce him as 'L' . okay, 'L' ni memang kalau anda semua tengok dia, pergghh memang nampak alim gila. macam baik baik je orang dia. si L ni start bertegur sape ngan gigirl, lepastu start texting dengan girgirl, first first macam okay je, lama lama karekter sebenar dia terserlah ! tak salah pun nak kata kalau kita kategorikan L ni cuba mengambil kesempatan atas kenaifan gigirl. day by day, hubungan gigirl dengan mamat renggang atas keegoaan masing masing. si L ni pula macam nak mengapi apikan lagi hubungan mamat and gigirl ni.


setelah beberapa bulan berlalu, tiba lah satu saat ni dimana si L ni porak perandakan kehidupan gigirl. nak pendekkan cerita, the whole family gigirl ni pun turut terbabit atas kebangangngan si L ni. tup tup tup, gigirl ni dipersalahkan seratus peratus and kena hukum teruk gila dengan family dia. dia kena pukul, terajang, lempang, and semua semua nye lah. sakit kan ? yes but she still bertahan. nak tahu kenape ? sebab dia berazam dan bertekad untuk balas segala perbuatan L kat dia.

sejak kejadian tu, karekter gigirl berubah, dia jadi tak de perasaan, keras hati, and kasar, dia tak percaya kat sesiapa pun. kejadian yang berlaku, menyebabkan dia perlu tinggalkan semua kenangan lama dia. hati dia mati ! sejak tu, dia tak contact ngan mamat or L tu lagi.

dia jauhkan diri dengan semua orang. cuma ada beberapa orang je yang rapat ngan dia. pelajaran dia pun banyak yang terkandas. gigirl cuma nak balas dendam.


tapi TUHAN tu maha adil, maha besar, maha berkuasa atas segala galanya. SPM makin dekat, gigirl pun makin busy dengan buku buku dia. gigirl dah tak peduli tentang dendam yang lama terbuku dalam hati dia. bagi gigirl, yang lepas biarlah lepas. Allah akan balas segala perbuatan hamba hambanya. yang baik dibalas baik, begitu juga sebaliknya. hanya satu dalam hati gigirl saat itu, dia tak mahu hancurkan harapan ibu ayah dia, harapan adik beradik dia, untuk melihat gigirl berjaya dalam kehidupan gigirl. yes, gigirl memang dah cuba sedaya upaya dia untuk mendapatkan semua tu. tapi bukan semua yang kita harapkan, mesti akan terjadi, kan ? Allah telah  menentukan segalanya. well, keputusan gigirl tak seperti yang gigirl harapkan. tapi dia masih lagi bersyukur. bersyukur atas segalanya. gigirl percaya segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. gigirl redha sebab gigirl dah cuba yang terbaik.

ayah gigirl belikan hamster untuk gigirl sebab ayah gigirl tahu gigirl sunyi duduk rumah sorang sorang. gigirl namakan hamster tu memel , lagi satu kiki. hahah pelik pelik je nama yang gigirl bagi. gigirl memang suka buat benda pelik pelik pun. gigirl sayang ayah dia. bagi gigirl, ayah dia adalah yang terbaik. takkan ada sesiapa pun  boleh menggantikan ayah gigirl.


hambir 5 bulan gigirl duduk rumah menganggur, akhirnya gigirl ditawarkan peluang sambung belajar di satu tempat ni. apa lagi ! melompat la gigirl ! apatah lagi gigirl memang cuba untuk hidup jauh dari family dia, gigirl nak berdikari.

okay first week gigirl dekat kolej tu, gigirl still rasa kekok. seorang makhluk tuhan pun tak pernah kenal. tapi gigirl jumpa dengan kawan kawan baru. well they were okay at first. biasalah baru kenal kan. tak kisahlah. minggu first tu, ada orientasi yang pelajar  pelajar baru kena attend. walaweyyhh ! tapi gigirl ni tenang gila, langsung tak gementar. ishhh memang takde perasaan langsung. haha.

end of the orientation week, gigirl tak sabar sabar nak mulakan kelas. fuhhh semangat !
but aktiviti kumpulan yang last sekali gigirl kena buat sebelum tamat orientasi tu, tiba tiba ada lah sorang dua mamat mintak number. well that time tak ambik tahu sangat siapa yang mintak number gigirl, sebab bagi gigirl, mereka semua nak berkawan je. cuma gigirl sedikit teragak agak nak bagi kat mamat mana satu.
then gigirl diamkan diri jelah. kalau memang mamat tu betul betul nak, nanti dia mintak la lagi kannn.
okay yes, ada mamat ni dia mintak number gigirl dalam bus, that time semua OTW balik hostel.
so gigirl malas nak panjang kan cerita, dah la sesak dengan orang dalam bus tu, gigirl pun bagi jelah number dia kat mamat tu. okay, kita namakan mamat ni sebagai Z.

after that day, gigirl dengan Z semakin hari semakin rapat. selalu hang out sama sama. but before that, ada satu hari tu, Z hadiahkan gigirl bunga yang ada cokelat ! ouhh wow ! okay cokelat tu sedap. haha. Z kirimkan bunga tu dekat sorang budak perempuan ni. that time, gigirl tak rapat pun ngan dia. lepas tu, budak ni dengan muka tak bersalah dia, sampaikan lah amanat Z ni kat gigirl. okay kita namakan budak perempuan ni H.
nak tahu something ? after that incident, H semakin rapat dengan gigirl. jadi bestfriend forever. hekhek ! nak buat macam mana, dah H dengan gigirl ni satu kepala. ala ala kembar gitu ! hahahhaha. okay stop gelak.
H pernah bagitau gigirl, first time H nampak gigirl ni, H ingat kan gigirl ni sombong gila ! kerek nak mampus ! tapi tu la kan, don't judge a book by it's cover ;)
now, they are bestfriend ! sangat rapat !

ops lupa nak bagitahu, gigirl dengan Z ni dah couple pun that time. kawan kawan rapat semua cakap gigirl dengan Z ni sweet. well, Z memang sweet, tapi masa masa tertentu sahaja. sebab most of the time, Z ni act cool gila. and dia macam tak kisah pun kalau gigirl rapat dengan kawan kawan laki lain. gigirl sebenarnya terasa hati sangat dengan Z. selalu makan hati. tapi gigirl tak boleh nak boleh buat apa. so gigirl diamkan diri je.

after beberapa bulan mereka ni couple, hubungan mereka makin renggang. Jarang call, jarang message. tapi gigirl still nak bertahan. fuhh ! bodohnya la gigirl ni. sampai la satu hari tu, seminggu selepas raya, Z ni send message kat gigirl. dia kata, dia dah tak dapat nak teruskan hubungan mereka, sebab Z nak kembali dekat EX GIRLFRIEND dia. SEDIH ? yup gigirl sdih sangat, that time, gigirl rasa macam kena pijak pijak. tapi gigirl syukur, saat gigirl tengah sedih, tengah menangis menahan rasa hati yang teramat sakit , H, bestfriend gigirl sentiasa ada di sisi. dia yang tolong redakan rasa di hati gigirl. tuhan tu maha penyayang, DIA takkan biarkan hambanya merana keseorangan. thanks to H cause she always there for gigirl.

hari hari mendatang, gigirl lalui dengan perasaan bercampur baur. tapi gigirl tak keseorangan, sebab berakhirnya hubungan gigirl dengan Z, ramai yang datang tolong hiburkan hati gigirl. day by day, gigirl rindu kat Z. tapi gigirl dah tak mengharapkan Z untuk kembali. apa yang lepas, biarlah lepas. gigirl dah tak mengharapkan apa apa lagi dari dia.

one day, ada sorang mamat ni, kawan kolej gigirl. tapi mereka ni jarang bertegur sapa. just pandang dari jauh je. hahahha. okay, mamat ni mintak number gigirl kat kawan satu dorm dengan gigirl. UNTUNGLAH ! hahahaha. since that day, gigirl dengan mamat ni selalu texting. kita namakan mamat ni AZ. hihi. AZ ni kelakarr orangnya, sweet, caring, ada je idea nak bagi gigirl gelak. lepas start rapat dengan AZ ni, gigirl rasa macam bahagia sangat. AZ selalu ajak gigirl to be in a relationship, tapi that time, gigirl tak yakin. sebab hati gigirl masih berdarah dengan apa yang terjadi. tapi kan, ALLAH tu MAHA BERKUASA, DIA buka pintu hati gigirl untuk terima AZ dalam hidup dia.

untuk pengetahuan anda semua, AZ ni seorang yang caring, loving, suka usik gigirl, nakal, comel, sweet, suka layan bila gigirl merepek, suka buat muka, kuat jealous jugak (tapi gigirl makin sayang) hahahaha ! day by day, gigirl bahagia sangat dengan AZ. bagi gigirl, biarlah hubungan mereka ni kekal. sebab apa? sebab gigirl betul betul sayangkan AZ. to her, AZ is her everything :')

pesan gigirl buat kekasih hatinya,

  • baby ucuk, maafkan syg sebab syg selalu merajuk. maafkan syg sbb syg terlalu manja dengan bie.
  • jangan tinggalkan syg, sbb syg dah tak nak orang lain selain baby.
  • lindungilah syg saat syg ketakutan, tolonglah syg saat syg perlukan bantuan dari bie, tenangkan lah hati ni saat syg resah, peluklah syg saat syg tengah marah..sebab pelukkan bie, boleh redakan hati ni.
  • terima kasih sbb sudi menyayangi diri syg yang tak seberapa ni.
  • terima kasih jugak sebab bie sabar layan kerenah syg.
  • sweetheart, walau apa pun terjadi, syg nak bie selalu ada dengan syg, boleh ? :')
  • i love you !


sincerely,
your huney ;)

*merepek kan ? takyah baca :D


Sunday, November 27, 2011

lots of love

hye guys :) hari ni genap dua bulan aku couple dengan si dia. waa, mesti korang cakap, ala baru dua bulan kan. well fyi, aku dah sayang gila kat dia. sangat sangat sayang :')










okay ni khas untuk awak baby :')


sayang, biarlah orang nak mengata pasal kita.
biarlah orang nak tak suka dengan kita,
biarlah orang nak buat apa pun..
sebab saya kat sini..hanya untuk awak..

awak pernah kata kat saya, yang awak tak pernah sangka yang awak akan dapat saya..
untuk dapatkan saya seolah olah macam mimpi kan..
tapi sayang, mimpi awak jadi kenyataan..
sebab saya sayang awak, and always be..
saya tahu..awak masih ragu ragu dengan saya..
sebab saya masih tak dapat berikan sebab kenapa saya terima awak..
sayang, jujur saya cakap. saya sendiri pun tak tahu..
Tuhan tu maha adil kan sayang, dia temukan saya dengan awak..
supaya saya dapat rasa disayangi oleh lelaki seperti awak..

Muzhaffar Azfar,
ikhlas saya cakap..awak yang terbaik..
maafkan saya andai kata perbuatan saya selalu menyakiti awak..
tapi awak kena tahu, saya ikhlas sayangkan awak..

malam semalam, apa yang jadi antara kita..
saya dah maafkan awak..mungkin awak tak sengaja marah marah centu..
saya paham awak tension kan sayang ? :')

hihi mesti awak geram dengan saya kan,
saya asyik diam je, tak melawan pun..
sorry yeh, saya memang tak suka melawan cakap awak..
sebab saya sayang awak dan saya hormat awak..

sayang ingat tak..kita sweet gila kan !
serious saya rasa macam tak nak lepaskan tangan awak setiap kali nak balik hostel :(
kita gelak, merajuk, pujuk memujuk, sengih sengih macam orang gila, buat lawak bodoh,
buat ekspresi muka pelik pelik, HAHA !
sumpah sweeeeett sangat !
nak ulang lagi boleh ? :')
hihihi sayang awak sangat sangat :*

aaaa nak nangis rasa !
baby. saya rindu awak ! nak nak nak awak selalu :(
hihihi manje kan awek awak ni..tapi dengan awak je ;)

awak kata waktu first first awak kenal saya,
awak kata saya sombong :p
well honestly, saya maybe sombong sikit..
tapi after awak rapat dengan saya,
saya ni gila kan ? minah senget ! HAHA kesian kat awak layan perangai gila saya :)





MOHD MUZHAFFAR AZFAR , thank you for your love :)

Sunday, November 6, 2011

fragileharts

hai readers :) sorry, huney dah lama tak update blog.
actually huney tak tahu nak luahkan perasaan huney, apa yang huney rasa selama ni..

banyak sangat yang berlaku dalam masa sebulan ni. huney terkedu, kecewa,suka,duka, semua huney rasa,
can i ask you something ? erm..pernah tak korang rasa korang ni macam patung, orang layan korang macam takde sikit pun perasaaan ?
well, honestly, hari hari huney rasa macam tu. jangan salahkan huney kalau huney menyendiri, jangan salahkan huney kalau huney betul betul hilang perasaan !!
orang sekeliling huney yang buat huney macam ni, huney dah cuba bersabar, huney tak suka marah marah.
huney bukan orang yang cepat melatah. pengalaman dulu mengajar huney untuk jadi lebih matang. that is why, huney macam ni ! tapi, kenapa orang orang yang huney sayang susah sangat nak memahami huney. huney tak mintak lebih, huney cuma nak..perhatian..huney cuma nak rasa..erti disayangi..salah ke huney ? :'(


huney pun rindu sangat kat si dia. tapi, huney paham. kami jauh. cuma yang huney tak paham, kenapa huney rasa dia berubah sangat sangat. baby, i miss you so much. tiap tiap malam saya nangis, saya tak boleh nak lelap mata even saya dah paksa pun. awak, where are you when i really need you ? saya sayang awak. saya rasa awak dah cukup paham tentang perasaan saya tu. hey sweetheart, saya tahu saya jauh, saya tahu saya takda selalu dengan awak..saya cuma mintak, jaga diri awak ye sayang, setialah dengan cinta awak..saya tunggu awak. :')  mmuuahh kat pipi   :*






ouh btw, kelmarin huney dapat result exam huney. pointer huney, okayla kot. syukur Ya Allah. takla bagus, huney nak kena berusaha lagi. ayah,ibu and abang tak marah, cuma kena nasihat je. :')

well nowadays, 24/7 huney kat rumah, melekat dalam bilik. abang kata, huney duduk dalam sarang huney. HAHA pape jelah abg, you never know how i felt .

kbye~ <3